BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

February 18, 2010

PROFessionalism vs tasaWUFF


Assalamualaikum....

Minggu ke-2 cuti winter ni,saya ada menghadiri 2 program yg PERUBATAN anjurkan. Pertama, kursus Winter Enlightenment and Brotherhood bertemakan 'MENGENAL TASAWUF, MENGANJAK DOGMA' (sori lar klo silap) pd 13 dan 14 Feb di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah....yg bestnya, daurah ni disampaikan oleh ulama atau sheikh yg amat hebat iaitu SHEIKH ROHIMUDDIN NAWAWI al-BANTENI. dari Indonesia.

Kedua, seminar PERUBATAN ke-3 pada 17 dan 18 Feb di Conference Hall Cairo Uni.(universiti tmpt ktorg blaja) yg bertemakan 'MUSLIM MEDICAL STUDENTS TOWARDS PROFESSIONALISM'..yg hebatnya pasal kursus ni ialah pembentang kertas kerja pada seminar kali ini semuanya dijemput khas dari Malaysia seperti PROF. DR. ABDUL LATIF MOHAMED, PROF. MADYA DR. AMALUDDIN AHMAD, PROF. DR. HATTA SHAHAROM DAN PROF. DR. HASAN BASRI AWANG MAT DAHAN(klo nk tau spe mereka ni, search internet la)



Post ni bknnya nak membezakan antara PROFesionalism dan tasaWUF, tetapi cuma hendak mencari titik persamaan antara profesionalism dan tasawuf. Realitinya antara profesionalism dan tasawuf ada satu ikatan yang amat kukuh ataupun perkara yg sama yg saya x berani utk melalut-lalut kerana takut salah(huhu, x cukup ilmu).

Tetapi ada satu perkara yang saya berani tulis iaitu Profesionalism dan Tasawuf adalah IHSAN(brdsrkan kpd sheikh Rohimuddin dan salah seorang pembentang kertas kerja).KENAPA?????? Ini kerana dalam bidang perubatan, sifat IHSAN amat penting agar doktor melakukan kerja mengikut etika dan berintegriti. Dalam erti kata lain, sentiasa merasakan kita dapat melihat Allah atau Allah melihat kita dalam kerja kita. Analoginya, menaiki kereta pada waktu tgh malam di jalan yg agak lengang..apabila sampai di persimpangan lampu isyarat, kebiasaannya org yg IHSAN ini akan berhenti pada lampu merah walaupun tiada satu pun kenderaan lain kerana ia tahu itu adalah undang2.




Tetapi bagi org yg melanggar lampu isyarat pd keadaan tersebut, mgkn pd waktu itu dia tidak mempunyai sifat IHSAN. Mungkin di waktu lain ketika ada kenderaan lain atau polis trafik yg mengawal, dia sgt patuh dan taat.Jadi org seperti ini mungkin tidak PROFESSIONAL dan tidak berTASAWUF di jalan raya..begitu jugalah dengan para mahasiswa Perubatan di Mesir yg perlu sentiasa berTASAWUF dan PROFESSIONAL dalam pembelajaran sehingga berjaya dan meneruskan 2 perkara penting yg dinyatakan dalam kerjaya kita sehingga akhir hayat..

February 11, 2010

Rebranding blog.....

Assalamualaikum, asalnya blog ni diwujudkan utk assignment english masa kat intec...skrang sume post yg lame2 dh dibuang. Dgn AZAM BARU time cuti winter ni, insya Allah blog ni akan di'update' dari masa ke masa. Isi kandungan blog ni x tau lar nak tulis ap, rasanya mcm nak tulis bebas jer la. Mungkin tazkirah, coretan perjalanan atau pengalaman ke atau ap2 aje yg relevan utk ditulis...semoga memberi manfaat kepada penulis dan pembaca...